PEK 10 NASKAH BUKU SETITIK JADI SELAUTAN: DARI KODIANG KE NEW YORK

Setitik Jadi Selautan


Buku Setitik Jadi Selautan: Dari Kodiang ke New York merakamkan ilmu dan pengajaran daripada kehidupan NOBISHA atau nama penuhnya, Norizan Bin Sharif. Dia seorang anak kampung yang membesar dalam kemiskinan di Kodiang, Kedah. Ada ketika ibu bapanya tidak ada duit untuk memberinya makan. Namun, mereka sentiasa ada wang untuk memberikan pendidikan kepadanya.

Kini dia memugar peluang untuk usahawan Malaysia di pasaran paling kompetitif di dunia. Dia mahu usahawan Malaysia berani menerokai pasaran luar dan berenang bersama jerung di Amerika Syarikat. Dia mahu memberikan peluang kepada usahawan kita, sebagaimana negara dan rakyat pernah memberikannya peluang untuk belajar di luar negara dulu. Dengan peluang itulah, dia kemudiannya keluar daripada lingkaran kemiskinan dalam satu generasi sahaja.

Kata NOBISHA:


“Kita bukanlah hebat sangat. Kita berada di tempat kita sekarang sebab ada orang lain berikan kita peluang. Sekarang, kita kena beri peluang kepada orang lain pula.”


Buku ini ditulis sendiri oleh NOBISHA dan setiap patah perkataan ialah curahan rasa hatinya. Ia sarat dengan falsafah kehidupan yang boleh dijadikan pengajaran oleh semua.


Muka surat: 336 muka surat (48 halaman berwarna)

Kulit: Hardcover

Penerbit: Enescorp International LLC

Agen Pemasar: The Bonrico Sdn Bhd




Mengenali NOBISHA


Ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan di kampung memanggilnya Dan. NOBISHA ialah singkatan kepada Norizan Bin Sharif. Dia tidak pernah bercita-cita besar. Sewaktu di sekolah rendah, dia bercita-cita menjadi kerani. Manakala ketika di sekolah menengah, dia mahu memohon masuk ke Institut Pertanian Bumbong Lima, tetapi tidak dapat. Rupa-rupanya Allah merancang untuk memberikan sesuatu yang lebih baik kepadanya. Kata beliau:


“Kita merancang. Allah beri lebih baik daripada apa yang kita rancang.”


Siapa Patut Baca Buku Ini


Buku sesuai dibaca oleh ibu bapa, anak-anak, mahasiswa universiti, pelajar-pelajar sekolah, majikan dan pekerja. Sesiapa yang membaca buku ini dari mula sampai habis, bakal mendapat inspirasi dan motivasi untuk menghadapi kesusahan hidup, memandang masa depan dengan positif dan mahu membawa kebaikan dalam kehidupan orang lain.


NOBISHA kata:


“Kita kena berusaha membawa kebaikan dalam kehidupan orang lain. Kebaikan tidak semestinya bermula besar. Kebaikan besar bermula dari setitik.”


Setitik Jadi Selautan.


Diskaun Pembelian Pek 10 Naskah Buku


Kami menawarkan diskaun bagi pembelian pek 10 buah buku. Anda hanya membayar RM50 senaskah (RM500 untuk pek 10 buah buku + kos pembungkusan penghantaran (RM40/pek Semenanjung dan RM80/pek untuk Sabah dan Sarawak).


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Setitik Jadi Selautan
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN